RB Link
RB Link

RB Link

RB Link adalah jenama syarikat penerbangan yang berasingan yang dimiliki oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines di bawah perkongsian bersama dengan Syarikat Penerbangan Malindo Air . Royal Brunei Airlines menggunakan jenama ini untuk mengendalikan penerbangan serantau di sekitar Borneo, terutama ke bandar-bandar di Malaysia dan Indonesia . Ia menggunakan kod IATA, Kod ICAO, dan Nama Panggilan yang sama dengan Royal Brunei Airlines dengan pangkalannya juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei . Semua pesawat, penyelenggaraan, insurans dan kakitangannya akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air namun perkhidmatan dan kemudahan di atas kapal akan disediakan oleh Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines . Kakitangan juga akan dilatih mengikut standard perkhidmatan Syarikat Penerbangan Royal Brunei Airlines . [1] [2]RB Link memulakan penerbangan pertamanya pada Tarikh 29 Julai 2019 ke Kota Kinabalu . Ia akan bermula dengan dua pesawat ATR 72-600 baharu, yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air, untuk memulakan perkhidmatan.

RB Link

Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Pesawat 2 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
Destinasi 7 (jumlah keseluruhan destinasi)
6 (Termasuk Hab nya) (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan)
Bermula operasi 29 Julai 2019; 11 bulan yang lalu (2019-07-29)
Ibu pejabat Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Syarikat induk Royal Brunei Airlines
Laman web www.flyroyalbrunei.com/brunei/en/
Ditubuhkan - (tiada data yang tersedia)
IATABI ICAORBA PengenalBRUNEI
IATA
BI
ICAO
RBA
Pengenal
BRUNEI

Rujukan

WikiPedia: RB Link https://flyroyalbrunei.cn/peoples-republic-china/e... https://www.flyroyalbrunei.com/brunei/en/ https://www.flyroyalbrunei.com/brunei/en/experienc... https://www.flyroyalbrunei.com/malaysia/en/experie... https://www.flyroyalbrunei.com/singapore/en/experi... https://www.flyroyalbrunei.com/singapore/en/royal-... https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/... https://www.routesonline.com/news/38/airlineroute/... https://www.theborneopost.com/2020/03/12/royal-bru... https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Armada_RB_...